Kelas Penghasilan Tart Nenas, Pembangunan Blog & Tayangan Video KDB
29 Mei 2016 | Aktiviti Terkini
Pada 28 Mei 2016, PI Skio dengan kerjasama bersama PI Serasot, Bogag dan Tanjung Bowang telah mengadakan kelas menghasilkan biskut Tart Nenas. Seramai 12 orang termasuk kakitangan berumur 25-40 tahun telah menyertainya. Kelas Penghasilan biskut ini julung kali diadakan yang mana tenaga pengajar adalah kakitangan PI sendiri. Selepas aktiviti membakar biskut selesai, peserta turut diajar mengenai cara pembangunan blog selain daripada diberi idea perniagaan. Selepas rehat tengahari sesi Klik Dengan Bijak turut diadakan bagi pengetahuan dan langkah keselamatan bersama tatkala berada di atas talian. Walaupun aktiviti ini kurang mendapat sambutan pada hari tersebut disebabkan kesibukan komuniti menjelang perayaan namun kami menerima undangan untuk mengadakan kelas seperti ini pada masa hadapan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: